Jika Idayu, Fuad, Reza dan Amy tak dapat meneruskan lagi 'pengajian' kat Akademi Fantasia itupun dah dipanggil gagal. Yea, gagal nak masuk final dan terus belajar. Jadi, kenalah kuar dari AF tu.
Wah, banyakkan definisi gagal? Bergantunglah bagaimana seseorang itu menilai. Yea, ikut situasi dan masa. Gagal tu perit kan?? Yelah, senang cerita..kalau tak dapat apa yg diingin diri, itulah gagal namanya. Ya, gagal itu perit, kecewa, sedih dan sebagainya.
Semalam, masa singgah di bank, aku nampak dua senario yang begitu mengkagumkan. Nak tahu?? Pertamanya. Kelihatan dari jauh seorang tua berbangsa Cina [mungkin] dalam keadaan yang sangat uzur. Uzur benar. Kelihatan tunduk dan berjalan perlahan. Terlalu perlahan. [Dapat merasakan perit kakinya melangkah] Orang tua itu berjalan perlahan sambil menolak troli yg sama tinggi dengan badannya. Troli itu berisi kotak-kotak [mungkin utk dijual] Dalam kepala "Rajin pakcik ni. Tua macam ni masih lagi nak bersusah-payah begini" Hmm..
Senario kedua adalah tentang seekor anjing yg sedang melintas hampir di belakangku. Erk..nasib baik terperasan..hehe. [gayat] Lor! Tempang rupanya. Isk kesian. Tetiba, nak tahu tak?? Ia menguis plastik yang bernama sampah kat tepi tiang lampu. Dan, jumpa pulak dgn plastik makanan. Bijak betul. Ia berlalu dalam keadaan tempang sambil menggonggong plastik tu. Kasihan berdetik di hati. Bersusah payah ia berjalan, laju plak tu. Hmm..
Nah, apa ya ceritanya. Ceritanya tentang bagaimana survival 2 makhluk itu tadi yang ingin dikaitrapat dgn perkataan gagal. Rasanya kalau nak diikut keadaan mereka, agak-agaknya memang dah bolah dikategori sbg makhluk kurang upaya.
Tapi, apa yang aku lihat telah menidakkan segala. Ya, mereka itu masih berusaha dan menolak jauh maksud gagal. Jika duduk sahaja, aku rasa 2 makhluk tu bisa aje say goodbye pada dunia. Dan itu tak terjadi. "Survival alam" dalam bahasa lebih ilmiah :)
Gagal itu cuma wujud sementara. Percayakah?? Baik percaya, atau pun kita telah pun gagal. Gagal itu ada, tapi ianya hakikat yang boleh dipadam, dipijak atau dinyah jauh-jauh. Sungguh!! Baik fikir semula.
Wahai yang membaca, tahukan..gagal itu sekadar satu elemen yang 'lalu macam angin' untuk memberi ingatan bahawa kita semua perlu berusaha lebih. Ya, gagal itu terjadi bila kita tak kerja kuat, tak punya usaha yang selayaknya atau masih belum cukup syarat nak berjaya. Dan gagal itu mungkin satu dugaan untuk menguji iman.

Kata semangat "Allah simpankan yang lebih baik buat kita di masa hadapan" dan kegagalan itu adalah satu umpan utk berusaha lebih. Betulkan??
Kita tak gagal, cuma kita kurang usaha. Jangan kata gagal kerana insan yang Allah ciptakan bukan insan gagal. Allah beri fikiran, untuk berfikir dan cari solusi. Bila berfikir, kita akan buat koreksi. Yeap, duduk diam-diam dan fikir mana kurangnya usaha sebelumnya.

Senang kan?? Duduk diam-diam, beri ketenangan dan udara menusuk fikiran, kemudian hurai perlahan. Cuba ingat balik mana silapnya usaha yang lalu. InsyaAllah, orang yang berfikir takkan menyesal. Berilah peluang, untuk terus berjaya.
Fikirkan yang terbaik. Jangan tutup minda dengan perkataan GAGAL. Itu hanya akan memendekkan usaha dan semangat yang ada. Teruskan fikir, teruskan usaha. Dan sebagai manusia, kita ni adalah orang yang berada dalam landasan berjuang. Berjuang menuntut ilmu, berjuang pertahan iman, berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang bahagia dan sebagainya.

Orang yang berjuang kena selalu berfikir untuk terus harmoni dalam hidup dan perkataan gagal memang takde dalam kamus hidup orang yang berjuang.
Adalah silapnya tu, jadi fikirkan selalu. Moga kita akan segera bertindak dan keluar dari kepompong kegagalan. Ingatlah, hanya kita boleh merubah diri sendiri, bukan orang lain. Hanya kita!!
Adalah silapnya tu, jadi fikirkan selalu. Moga kita akan segera bertindak dan keluar dari kepompong kegagalan. Ingatlah, hanya kita boleh merubah diri sendiri, bukan orang lain. Hanya kita!!
Harapan masih ada selagi berusaha. Gagal itu hanya satu pintu dari pepintu yang ada. Teruskan, teruskan berjuang sebab hanya orang berjuang akan berjumpa pintu yang mereka impikan. Itulah pintu kejayaan.
Kita jadikan senario di atas tadi sebagai motivasi. Dalam setiap kesusahan, pasti ada penyelesaian. Sabar, sabar, sabar. Hakikat kegagalan pasti akan berbuah kemanisan, jika hanya kita bersabar. Wallahu'alam.

No comments:
Post a Comment